[VIDEO] Tanam 'harum manis' jana pendapatan pondok

A
A
A

BACHOK - Pondok Moden Kandis, Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) mengusahakan tanaman mangga 'harum manis' bagi menjana pendapatan institut tersebut ternyata berhasil.

Projek di bawah Gerakan Pertanian Al-Falah (GEPA) itu berjaya mengeluarkan lebih 1,000 biji 'harum manis' pada musim ini menerusi 200 batang pokok.

Guru Sains, Alazmi Hassan berkata, ini merupakan kali kedua tanaman tersebut berbuah sejak ia diusahakan pada tahun 2019 lalu.

"Tahun lepas merupakan kali pertama mangga ini berbuah namun hasilnya hanya 100 biji sahaja.

"Kali ini rezeki kami, apabila ia berbuah lebat dan berat sebiji harum manis mencecah sehingga 700 gram," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Alazmi, pihaknya menjual pada harga RM100 bagi empat kilogram harum manis gred A dan RM100 bagi lima kilogram gred B.

Pondok Moden Kandis, Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) mengusahakan tanaman mangga 'harum manis' bagi menjana pendapatan institut tersebut berhasil.
Pondok Moden Kandis, Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) mengusahakan tanaman mangga 'harum manis' bagi menjana pendapatan institut tersebut berhasil.

Ujarnya, setakat ini pasaran hanya di sekitar negeri Kelantan sahaja dan ia mula dijual sejak Ahad lalu.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, rasa harum manis yang ditanam di sini sama seperti di Perlis.

"Alhamdulillah rezeki pelajar-pelajar pondok di sini, kerana selain tenaga pengajar, mereka juga terlibat sama dalam menjaga tanaman berkenaan.

"Kami juga mendapat bimbingan Jabatan Pertanian dari Kelantan dan Perlis," katanya.

Alazmi (kiri) dan rakannya menunjukkan harum manis yang diusahakan oleh Pondok Moden Kandis, Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Bachok.
Alazmi (kiri) dan rakannya menunjukkan harum manis yang diusahakan oleh Pondok Moden Kandis, Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Bachok.

Sementara itu, Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail memberitahu, tanaman tersebut merupakan salah satu Projek Gerakan Pertanian al-Falah Pondok bagi menjana ekonomi pondok moden.

Ujar beliau, benih pokok buah mempelam di sini merupakan sejenis kultivar yang mempunyai ciri-ciri seakan harum manis yang sinonim di negeri Perlis.

"Melihat kepada kesesuaian tanah dan potensi tanaman ini, tidak mustahil suatu hari nanti kawasan di Bachok akan menjadi zon buah mempelam terbesar di Kelantan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!