Sila log masuk terlebih dahulu.

Hobi hasilkan 'model kecil' jana pendapatan lima angka

15 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 15 APRIL 2024

Bermula sekadar hobi menghasilkan karya miniatur dan diorama atau model sesuatu objek bersaiz kecil, seorang lelaki mampu menjana pendapatan sehingga lima angka sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Malah sentuhan kreativiti Muhammad Sharil Muhammad Salim, 35, yang lebih tertumpu kepada kenderaan dan perkakasan turut menarik perhatian peminat hasil seni tersebut dari serata dunia.

Menurutnya, semuanya bermula pada tahun 2017 selepas seorang rakannya meminta bantuan menghasilkan satu figura.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/659449/edisi/melaka-ns/hobi-hasilkan-model-kecil-jana-pendapatan-lima-angka

Muzik: Yari - The Smile dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Melaka #Hobi #Miniaturdandiorama