Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 September dengar permohonan Editor Sarawak Report

Rewcastle-Brown (kiri) Sultanah Nur Zahirah.
Rewcastle-Brown (kiri) Sultanah Nur Zahirah.
A
A
A

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 September ini untuk mendengar permohonan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain untuk kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati mereka bertanggungjawab memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Tarikh pendengaran itu ditetapkan pada prosiding pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah persekutuan Husna Dzulkifly di sini, pada Selasa.

Peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah mewakili Sultanah Nur Zahirah, ketika dihubungi Bernama mengesahkan tarikh tersebut dan berkata, pendengaran itu akan diadakan dalam talian melalui aplikasi Zoom kecuali jika mahkamah mengarahkan sebaliknya.

Pada 30 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan menangguhhkan pendengaran tersebut selepas peguam utama Rewcastle Brown, Americk Singh Sindhu tidak dapat log masuk ke prosiding dalam talian kerana isu teknikal.

Hakim Tan Sri Nallini Pathmanathan, yang mempengerusikan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, memaklumkan kepada pihak berkaitan bahawa mahkamah akan menetapkan tarikh pengurusan kes untuk menjadualkan semula tarikh pendengaran baharu.

Rewcastle-Brown memohon kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati beliau, penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin, dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd bertanggungjawab atas fitnah terhadap Sultanah Nur Zahirah dalam bukunya, "The Sarawak Report - The Inside Story of the 1Malaysia Development Bhd (IMDB) Expose".

Mahkamah Rayuan memerintahkan bayaran ganti rugi RM300,000 kepada Sultanah Nur Zahirah kerana memfitnah.

Pada 12 Dis tahun lepas, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2022, yang menolak tuntutan saman RM100 juta oleh Sultanah Nur Zahirah terhadap editor, Chong dan Vinlin Press.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pada masa penerbitan buku itu, kenyataan tersebut adalah bertujuan untuk memperlekehkan Sultanah kepada kebencian, sindiran, atau penghinaan.

Sultanah Nur Zahirah mengemukakan saman pada 2018, mendakwa defendan (Rewcastle-Brown, Gerakbudaya Enterprise, dan Vinlin Press) telah memfitnahnya dalam buku tersebut. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!