X

Kindly register in order to view this article
!

TNB dikenakan 36 kompaun berjumlah RM3.6 juta

Suruhanjaya Tenaga (ST) telah mengeluarkan 36 kompaun berjumlah RM3.6 juta kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada bulan Disember 2019.
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Tenaga (ST) telah mengeluarkan 36 kompaun berjumlah RM3.6 juta kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada bulan Disember 2019.

Menurut ST dalam satu kenyataan hari ini, tindakan tersebut diambil setelah mereka menyiasat aduan bil elektrik tinggi pada bulan Mei dan Jun tahun 2019, yang diterima daripada pihak pengguna.

"Hasil siasatan mendapati syarikat tersebut gagal mematuhi arahan ST berhubung standard prestasi Minimum Service Level (MSL), berkaitan tempoh penyerahan bil-bil elektrik kepada pihak pengguna.

"Berdasarkan MSL tersebut, TNB perlu memastikan setiap pengguna menerima bil elektrik secara bulanan," menurut kenyataan itu. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!