Fitri Haris berputih mata ditipu penyamar 'Azadan Rabbani'

Fitri Haris (kiri), Azadan Rabbani
Fitri Haris (kiri), Azadan Rabbani
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PENYANYI, usahawan dan pensyarah, Dr Fitri Haris berputih mata apabila wang yang disangka diberikan kepada anggota kumpulan Rabbani, Azadan, rupanya adalah scammer.

Jelas Fitri atau Mohamad Fitri Mohamad Haris, 40, beliau menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor milik Azadan yang ingin meminjam wang sebanyak RM2,000.

“Saya dapat mesej daripada abang Azadan di WhatsApp dan beritahu ingin meminjam duit kerana gagal membuat transaksi akibat sudah melebihi had.

“Disebabkan kami sudah biasa menganjurkan majlis, saya faham keadaannya. Jadi tanpa berfikir panjang, saya terus buat pemindahan wang," katanya menerusi satu perkongsian video di TikTok pada Ahad.

Tambah Fitri, beliau mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila 'Azadan' sekali lagi meminta wang tambahan sebanyak RM3,000.

“Selepas RM2,000, kemudian dia meminta lagi untuk pinjamkan wang sebayank RM3,000. Ketika itu saya mula mengesyaki ada yang tidak kena.

"Saya terus hubungi abang Azadan dan beliau maklumkan nombornya sudah digodam sejak Maghrib tadi (Ahad)," jelasnya.

Tidak hanya berdiam diri, Fitri merancang untuk membuat laporan polis terhadap pemilik akaun bank bernama Lugiana Connie Anak.

Artikel Berkaitan:

Malah pelatun Wahai Kekasihku itu turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hari dalam membuat transaksi selepas ini.

“Insya-ALLAH saya akan pergi membuat laporan polis, tetapi saya tidak yakin untuk mendapatkan semula duit itu.

"Selepas ini jika ada yang mesej melalui WhatsApp dan urusan penting, seeloknya kita telefon dulu untuk pengesahan," ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian Azadan Instagram Stories, dia telah membuat laporan mengenai insiden terbabit.

“Saya di balai polis sekarang untuk buat laporan bahawa WhatsApp saya telah digodam. Kawan-kawan tolong sampaikan kepada kenalan yang mengenali saya, risau masing-masing kena scam nanti,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!