Seremban diisytihar bandar raya

Tuanku Muhriz menyerahkan cokmar kepada Datuk Zazali yang dilantik sebagai Datuk Bandar, Bandaraya Seremban dalam upacara khas yang diadakan di pekarangan Wisma MBS malam ini.
Tuanku Muhriz menyerahkan cokmar kepada Datuk Zazali yang dilantik sebagai Datuk Bandar, Bandaraya Seremban dalam upacara khas yang diadakan di pekarangan Wisma MBS malam ini.
A
A
A

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mencemar duli ke Istiadat Pengisytiharan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) malam ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Razali Ab Malek menyerahkan surat cara pengisytiharan bandar raya kepada Tuanku Muhriz dalam upacara khas yang diadakan di pekarangan Wisma MBS.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun kemudiannya mengisytiharkan Datuk Zazali Salehudin yang sebelum ini menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban dilantik sebagai Datuk Bandar, Bandaraya Seremban berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Zazali kemudiannya menerima kalung Datuk Bandar dan cokmar daripada Tuanku Muhriz di atas pelantikan beliau.

Turut berangkat Undang Yang Empat dan Tuanku Besar Tampin serta Datuk Shahbandar Sungai Ujong.

Turut serta, Aminuddin dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan upacara menandatangani plak perasmian Wisma Bandaraya Seremban yang disempurnakan oleh Tuanku Muhriz.

Pada 12 November 2008, kerajaan negeri meluluskan cadangan untuk mencantumkan Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai sebagai satu entiti selain menaikkan taraf kepada Majlis Bandaraya Seremban.

Artikel Berkaitan:

MBS telah memulakan operasinya sebagai satu entiti bermula pada 1 Januari 2020.