Stesen bekalan elektrik sistem solar hibrid terbakar

Sebahagian daripada 254 bateri solar musnah dalam kebakaran di stesen bekalan elektrik sistem solar hibrid Kampung Mumiang, Sandakan pagi Khamis.
Sebahagian daripada 254 bateri solar musnah dalam kebakaran di stesen bekalan elektrik sistem solar hibrid Kampung Mumiang, Sandakan pagi Khamis.
A
A
A

SANDAKAN - Sebanyak 254 bateri solar musnah selepas stesen bekalan elektrik sistem solar hibrid terbakar dalam kejadian di Kampung Mumiang dekat sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu menyebabkan seluruh penduduk kampung terputus bekalan elektrik akibat kebakaran tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.02 pagi.

"Seramai dua anggota bomba dikejar ke lokasi kejadian dengan menaiki bot penduduk kampung dan mengambil masa lebih satu jam untuk ke lokasi.

"Sebaik tiba di lokasi, kebakaran telah dipadamkan oleh penduduk kampung dan hasil pemeriksaan mendapati kebakaran hanya melibatkan 10 peratus bahagian bangunan stesen tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Bagaimanapun Severinus berkata, kebakaran itu turut memusnahkan bateri solar di dalam bangunan stesen terbabit.

"Sebanyak 254 biji bateri solar terbakar dalam kejadian ini. Hasil pemeriksaan lanjut tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi kemudian ditamatkan pada jam 1.35 petang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!