CIQ BSI alami gangguan bekalan elektrik

Ini merupakan kali kedua CIQ BSI berdepan gangguan bekalan elektrik selepas kali pertama dilaporkan berlaku pada Disember tahun lalu. Foto Imigresen
Ini merupakan kali kedua CIQ BSI berdepan gangguan bekalan elektrik selepas kali pertama dilaporkan berlaku pada Disember tahun lalu. Foto Imigresen
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini mengalami gangguan bekalan elektrik selama satu jam pada Rabu.

Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah melaksanakan kerja-kerja pemulihan bagi memastikan operasi tetap berjalan lancar.

"Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar sedang mengalami gangguan bekalan elektrik sejak jam 4.15 petang tadi. Tindakan pemulihan sedang dilakukan oleh pihak bertanggungjawab.

"Bekalan elektrik telah kembali pulih dan semua zon pemeriksaan beroperasi seperti sediakala di Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar pada pukul 5.15 petang," jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan tersebut, pergerakan keluar masuk di premis berkenaan tetap berjalan lancar.

"Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang bertugas di BSI yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah serta dedikasi bagi memastikan aliran pergerakan pelawat berjalan dengan lancar," tambahnya.

Ini merupakan kali kedua premis berkenaan berdepan gangguan bekalan elektrik selepas kali pertama dilaporkan berlaku pada Disember tahun lalu.

Artikel Berkaitan: