Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dalam Sungai Pahang

Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang, Kampung Charuk Puting di sini, pada Khamis. Foto JBPM Pahang
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang, Kampung Charuk Puting di sini, pada Khamis. Foto JBPM Pahang
A
A
A

TEMERLOH - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang di Kampung Charuk Puting di sini, pada Khamis.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11.35 pagi.

"Kita mendapat maklumat daripada pemanggil (pengadu) terdapat seorang lelaki berusia 25 tahun telah terjatuh ke dalam sungai dan mangsa tidak ditemui sehingga kini.

"Lima anggota BBP (Balai Bomba dan Penyelamat) Bukit Angin dengan jentera Fire Rescue Tender (FRT) bomba telah digerakkan ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pencarian di sekitar sungai, namun gagal menemukan mangsa.

Jelasnya, susulan itu, bantuan unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) diperlukan bagi tujuan mencari dan menyelamat (SAR) lelaki berkenaan.

"Unit PPDA Bukit Angin ke lokasi kejadian sebuah lori jenis isuzu bersama dua anggota manakala sebuah pajero dengan bot penyelamat digerakkan bersama ketua balai dan tiga anggota ke lokasi.

"Setakat ini masih menjalankan operasi pencarian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!