FAM, Malaysia Airlines kukuh kerjasama

FAM dan Malaysia Airlines jalin kerjasama penajaan (dua dari kiri) Ahmad Luqman, Dersenish, Noor Azman dan Hamidin di Sepang pada Isnin. Foto Facebook FAM
FAM dan Malaysia Airlines jalin kerjasama penajaan (dua dari kiri) Ahmad Luqman, Dersenish, Noor Azman dan Hamidin di Sepang pada Isnin. Foto Facebook FAM
A
A
A

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Malaysia Airlines (MAB) sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya untuk tempoh tiga tahun sehingga Disember 2026.

Dokumen perjanjian penajaan itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman dan Ketua Pegawai Komersial Penerbangan MAB, Dersenish Aresandiran.

Majlis disaksikan oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan MAB, Ahmad Luqman Mohd Azmi.

“Jalinan kerjasama di antara FAM dan MAB bukan sahaja mencerminkan kesetiaan tetapi ia turut menunjukkan dedikasi serta komitmen mereka (MAB) terhadap arena bola sepak negara.

“Ia juga memberi mesej penting kepada penyokong-penyokong skuad kebangsaan bahawa FAM bukan sahaja mampu memberikan nilai tambah kepada barisan penaja-penajanya malah dapat memberi impak yang positif terhadap sektor ekonomi negara.

“Saya percaya dengan kehadiran MAB sebagai penaja utama FAM dan skuad bola sepak kebangsaan, pelbagai kejayaan akan dapat digapai bersama. Terima kasih kepada MAB dan semoga jalinan kerjasama ini akan memacu dua organisasi ini ke arah kecemerlangan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Luqman berkata, sebagai syarikat penerbangan kebangsaan, pihaknya amat berbesar hati dapat meneruskan kesinambungan usaha dan tanggungjawab kami dalam membawa bendera Malaysia ke arena antarabangsa selain menyokong pembangunan sukan dalam negara.

“Kami amat berbangga kerana dapat terus menyalurkan khidmat kepada skuad bola sepak kebangsaan.

Artikel Berkaitan:

“Sokongan berterusan kepada FAM melalui kerjasama yang tertera di bawah penajaan yang telah masuk tahun keenam secara berturut-turut dan berbesar hati untuk meneruskan kerjasama ini untuk tiga tahun lagi sehingga penghujung tahun 2026,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!