145 negara anggota PBB kini iktiraf negara Palestin

Penyokong pro-Palestin berhimpun di luar Downing Street di tengah London bagi menuntut pelaksanaan gencatan senjata di Genting Gaza. Foto AFP
Penyokong pro-Palestin berhimpun di luar Downing Street di tengah London bagi menuntut pelaksanaan gencatan senjata di Genting Gaza. Foto AFP
A
A
A

PARIS - Perang genosid dilancarkan Israel ke atas Genting Gaza sejak 7 Oktober lalu telah menghidupkan semula desakan global untuk memberikan hak negara sendiri kepada Palestin.

Pada Selasa, Norway, Sepanyol dan Ireland menjadi negara terbaharu mengiktiraf negara Palestin yang mengundang pelbagai reaksi kuasa Barat.

Langkah bersejarah yang turut mencetuskan kemarahan Israel menjadikan jumlah negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menzahirkan sokongan rasmi kepada Palestin meningkat kepada 145 daripada 193 negara.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) selaku sekutu kuat rejim Tel Aviv, Kanada, sebahagian besar negara Eropah Barat, Australia, Jepun dan Korea Selatan masih enggan berpihak kepada tuntutan Palestin.

Pada April lalu, Washington menggunakan kuasa veto mereka di Majlis Keselamatan PBB (UNSC) untuk menghalang permohonan Palestin yang mahu menjadi anggota penuh PBB.

Pada 2014, Sweden menjadi negara pertama anggota Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf negara Palestin dan disusuli Bulgaria, Cyprus, Republik Czech, Hungary, Poland dan Romania yang mengikut jejak langkah sama. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

145 negara anggota PBB kini iktiraf negara Palestin #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Dunia #Global #TimurTengah #Palestin #Israel #PBB #Barat

Artikel Berkaitan:

The Victory - Music4video

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!