[VIDEO] Laporan penuh nahas helikopter TLDM diterbitkan esok - Fahmi

A
A
A

PUTRAJAYA - Laporan penuh nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya di Lumut, Perak telah siap dan akan dikeluarkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah memaklumkan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengenai status terkini laporan penuh nahas dua helikopter TLDM, 23 April lalu.

"Beliau (Mohamed Khaled) memaklumkan bahawa laporan telah siap dan akan diterbitkan esok...boleh nantikan pengumuman penuh hasil siasatan bahas helikopter itu,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Rabu.

Nahas dua helikopter TLDM pada 23 April lalu mengorbankan 10 kru yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah.
Nahas dua helikopter TLDM pada 23 April lalu mengorbankan 10 kru yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Dalam tragedi pada 23 April lepas, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri daripada tujuh kru Hwlikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas helikopter dinaiki bergesel dan terhempas semasa menjalani raptai lintas hormat bersempena Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Susulan kejadian itu, Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas dua helikopter terbabit.

Laporan interim insiden berkenaan pada 9 Mei lepas mengesahkan tahap kesihatan kesemua kru udara yang terlibat dalam nahas itu berada dalam keadaan yang baik untuk mengendalikan pesawat dan kedua-dua helikopter berkenaan berada dalam keadaan airworthy (selamat untuk terbang) semasa hari kejadian. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!