Khidmat kaunseling beri perkembangan positif keluarga nahas helikopter TLDM

Noraini melawat Mohd Azinor (kanan) dan menyampaikan bantuan wang tunai RM3,000 melalui Skim Pemberian Ehsan Yayasan Kebajikan Negara di Pangkalan TLDM Lumut.
Noraini melawat Mohd Azinor (kanan) dan menyampaikan bantuan wang tunai RM3,000 melalui Skim Pemberian Ehsan Yayasan Kebajikan Negara di Pangkalan TLDM Lumut.
A
A
A

LUMUT - Sesi kaunseling dan bantuan psikologi kepada 10 keluarga mangsa tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut bulan lalu menunjukkan perkembangan positif.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, setiap keluarga sekurang-kurangnya menjalani dua sesi kaunseling yang dijalankan oleh Unit Psikologi Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Kaunselor kita telah bersama mereka dan buat sesi, rata-ratanya dua kali dan mungkin lebih. Khidmat ini tidak akan terhenti selagi mana perlu ada perjumpaan, kita akan terus laksanakan.

"Kejadian ini sudah semestinya berat untuk setiap keluarga tetapi saya lihat semuanya terurus," katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi waris Allahyarham Bintara Muda TNL Nor Rahiza Anuar di Rumah Keluarga TLDM di sini pada Selasa.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.

Menurut Noraini, khidmat kaunseling itu akan diteruskan sekiranya mendapat permintaan daripada keluarga terlibat.

"Kita sentiasa mendengar dan sedia berkongsi apa sahaja luahan kerana waktu ini mereka sedia bercerita dan berkongsi masalah. Setakat ini saya lihat ia sangat positif apabila kaunseling sentiasa diadakan," katanya.

Sementara itu, suami Allahyarhamah Nor Rahiza, Mohd Azinor Azizan ketika ditemui mengakui rutin harian dijalankan seperti biasa selepas tiga minggu pemergian isteri cinta.

Artikel Berkaitan:

Mohd Azinor, Noraini
Mohd Azinor, Noraini

"Anak-anak sudah boleh terima keadaan ini cuma anak bongsu (Nur Qistina Afia, enam tahun) sesekali mencari arwah.

"Mengenai laporan minggu lalu itu, saya okay sahaja lagipun ia tengah siasat lagi," katanya yang telah kembali bertugas dua hari lalu.

Sebelum itu, Noraini turut menziarahi keluarga Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun, 36, di Stesen Komunikasi TLDM Parit di Seri Iskandar.

Pihaknya turut menyampaikan bantuan wang tunai RM3,000 melalui Skim Pemberian Ehsan Yayasan Kebajikan Negara dan barangan keperluan kepada waris kedua-dua mangsa berkenaan.

Dalam kejadian jam 9.32 pagi pada 23 April lalu, 10 anggota dan pegawai TLDM maut selepas dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat bersempena dengan sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!