Polis siasat kes OKU dipukul pengawal orang kenamaan

Polis mengesahkan menerima laporan daripada pemandu e-hailing yang mendakwa dipukul pengawal peribadi seorang kenamaan di lobi sebuah hotel di sini pada Selasa. Gambar hiasan
Polis mengesahkan menerima laporan daripada pemandu e-hailing yang mendakwa dipukul pengawal peribadi seorang kenamaan di lobi sebuah hotel di sini pada Selasa. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan daripada pemandu e-hailing yang mendakwa dipukul pengawal peribadi seorang kenamaan di lobi sebuah hotel di sini pada Selasa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

"Kita masih menyiasat, setakat ini belum ada sebarang tangkapan. Pengadu dalam kes ini memang seorang orang kurang upaya (OKU).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Rabu.

Difahamkan, seorang pemandu e-hailing membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul pengawal peribadi ketika menunggu penumpang di hotel berkenaan.

Pemandu berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di bahagian kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannnya.

Mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!