Ops Bersih: 68 notis kompaun pelbagai kesalahan dikeluarkan

Operasi melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Operasi melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 68 notis kompaun pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Ops Bersih Siri 2 2024 dijalankan di Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat, Taman Connaught pada Selasa.

Operasi terbabit melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

DBKL memaklumkan, 98 kenderaan diperiksa dalam operasi terbabit dan tindakan penguatkuasaan itu melibatkan kenderaan persendirian dan perdagangan yang melakukan pelbagai kesalahan.

"DBKL mengeluarkan sejumlah 21 notis kompaun ke atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 dan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Sebanyak 68 notis kompaun pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Ops Bersih Siri 2 2024
Sebanyak 68 notis kompaun pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Ops Bersih Siri 2 2024

"PDRM mengeluarkan 21 notis kompaun, JPJ pula 23 notis kompaun dan SWCorp mengeluarkan tiga notis kompaun di atas pelbagai kesalahan kepada pemilik kenderaan melakukan kesalahan lalulintas," menurut DBKL dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Tambahnya, tindakan khas itu dilakukan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peruntukan undang-undang dikuatkuasakan DBKL serta rakan agensi terbabit dan akan diteruskan di lokasi tumpuan lain selepas ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!