Ahmad Maslan, Shahrir Samad didakwa esok

Gambar kiri: Shahrir Abd Samad, gambar kanan: Ahmad Maslan
Gambar kiri: Shahrir Abd Samad, gambar kanan: Ahmad Maslan
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

Kedua-dua mereka akan didakwa atas pertuduhan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Shahrir ditahan pada jam 11.22 pagi manakala Ahmad pula ditahan pada 10.10 pagi hari ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir.

"Kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM.

"Kesemua maklumat berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: