Remaja nyaris lemas ketika mandi di Pantai Bukit Keluang

Anggota penyelamat pantai APM berusaha memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang tidak sedarkan diri di Pantai Bukit Keluang, Besut.
Anggota penyelamat pantai APM berusaha memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang tidak sedarkan diri di Pantai Bukit Keluang, Besut.
A
A
A

BESUT - Seorang remaja nyaris lemas ketika mandi dan beriadah bersama keluarganya di Pantai Bukit Keluang di sini dalam kejadian pada petang Isnin.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut, Kapt (PA) Mohd Fazlien Ja'afar berkata, kejadian itu disedari anggota penyelamat pantai APM yang ketika itu melakukan pemeriksaan dari menara tinjau berhampiran pantai tersebut sekitar jam 5.22 petang.

Menurutnya, seramai lima anggota penyelamat Pantai Bukit Kuang bergegas ke lokasi kejadian sebaik ternampak mangsa dalam situasi cemas.

"Apabila tiba di situ, petugas penyelamat mendapati terdapat seorang remaja lelaki tidak sedarkan diri dan segera menggunakan teknik menyelamat untuk menyedarkan mangsa.

"Sebaik tersedar, mangsa diserahkan kepada Pusat kawalan Operasi Daerah untuk dihantar ke Hospital Besut bagi tindakan lanjut," katanya.

Difahamkan, remaja berusia 14 tahun berasal dari Kampung Pengkalan Atap, Kuala Besut di sini mandi di lokasi berkenaan bersama keluarganya.

Mangsa bagaimanapun nyaris lemas ketika berada di gigi air di pantai berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!