49,000 suspek penipuan dari Myanmar diekstradisi ke China

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BEIJING - Lebih 49,000 suspek jenayah penipuan telekomunikasi dan Internet telah diserahkan kepada China oleh Myanmar sejak Julai 2023, menurut Kementerian Keselamatan Awam (MPS) pada Isnin.

Beberapa kumpulan jenayah terkenal yang terlibat dalam penipuan berkenaan telah menerima tamparan hebat dengan beberapa suspek utama jenayah itu berjaya ditahan, kata kementerian itu pada satu sidang media, lapor Xinhua.

Sejak awal 2023, jumlah kes penipuan telekomunikasi dan Internet di utara Myanmar yang melibatkan warga China kekal tinggi, sering mengakibatkan jenayah lain seperti penyeludupan sempadan dan penahanan.

MPS telah memberikan tumpuan utama kepada kes ini dan melancarkan tindakan tegas terhadap jenayah terbabit dan menghasilkan keputusan yang ketara.

Dalam tempoh lima tahun lepas, agensi keselamatan awam di seluruh negara telah menyelesaikan lebih daripada 1.94 juta kes penipuan telekomunikasi dan Internet, kata kementerian itu.

Bilangan kes baharu penipuan berkenaan setiap bulan telah menurun selama lapan bulan berturut-turut, menunjukkan bahawa peningkatan jenayah berkenaan telah berjaya dikekang, menurut MPS. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!