Boko Haram culik 50 pembalak di Nigeria

Penduduk melihat rumah yang dibakar militan Boko Haram di Dalori, Nigeria pada 1 November 2018. - Gambar Fail AFP
Penduduk melihat rumah yang dibakar militan Boko Haram di Dalori, Nigeria pada 1 November 2018. - Gambar Fail AFP
A
A
A
KANO - NIGERIA. Kira-kira 50 pembalak dipercayai menjadi mangsa penculikan kumpulan militan Boko Haram di timur laut Nigeria bersempadan dengan Cameroon.

Penculikan kesemua tebusan yang juga penghuni kem perlindungan untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat keganasan militan, berlaku di perkampungan Bulakesa, 25 kilometer dari bandar Gamburu di negeri Borno.

Mereka diculik oleh kumpulan yang menyokong Abubakar Shekau ketika sedang mengutip kayu, Sabtu lalu.

"Kesemua lelaki itu dibawa pergi oleh pemberontak Boko Haram dan tiada berita mengenai mereka sehingga kini.

"Dua pembalak berjaya melepaskan diri dan menceritakan kejadian itu sebaik tiba di kampung,” kata ketua militan, Umar Kachalla.
Artikel Berkaitan:


Kebangkitan kumpulan militan Boko Haram telah meragut ribuan nyawa dan menyebabkan lebih 2 juta penduduk kehilangan tempat tinggal di Nigeria.

Pada 2014, Boko Haram menculik 276 kanak-kanak dan remaja perempuan berusia antara 12 hingga 17 tahun di sebuah sekolah di pekan terpencil Chibok, juga di Borno. - AFP