MGB Berhad raih kontrak RM189.35 juta bagi pembinaan bangunan perindustrian

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat pembangunan hartanah (MGB Berhad) mengumumkan anak syarikatnya, MGB Construction & Engineering Sdn Bhd telah menerima surat lantikan kontrak bernilai RM189.35 juta daripada Anuar Aziz Architect bagi pihak Kemudi Ehsan Sdn. Bhd. untuk projek pembangunan di Mukim Ijok, Kuala Selangor.

Kontrak tersebut terdiri daripada lima fasa unit perindustrian dan infrastruktur dan merupakan sebahagian daripada perbandaran LBS Alam Perdana yang akan merangkumi 112 unit teres industri satu tingkat kos rendah, 96 unit kilang teres dua tingkat, 116 unit kilang berkembar tiga tingkat dan infrastruktur yang terdiri daripada 13 unit pencawang elektrik, satu stesen suis utama dan kolam tadahan.

MGB yang merupakan anak syarikat LBS Bina Group Berhad akan memanfaatkan 15 tahun pengalamannya dalam bidang pembinaan untuk menyiapkan projek ini, yang dijangka bermula

pada 27 Mei 2024 untuk tempoh 18 bulan.

No Image Caption

Kontrak tersebut akan meningkatkan nilai buku pesanan pembinaan tertunggak MGB yang sedia ada kepada RM1.38 bilion dengan jualan hartanah belum dibilkan sebanyak RM0.75 bilion setakat 30 April 2024.

Berdasarkan keputusan positif Q1 2024 yang diumumkan pada 16 Mei 2024, yang telah dinilai baru-baru ini oleh RHB Research dengan mengekalkan ‘Buy’ serta keputusan Public Invest Research untuk mengekalkan panggilan ‘Outperform’, MGB menyasarkan untuk kekal kukuh, berdasarkan rekod pencapaian 2023.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, kontrak itu akan memberikan MGB pendapatan yang stabil pada tahun-tahun yang akan datang.

Artikel Berkaitan:

Lim Hock San
Lim Hock San



“Berdasarkan kepakaran dan pengalaman MGB dalam pembangunan hartanah, kami teruja untuk membangun dan membina unit perindustrian di perbandaran Alam Perdana yang akan meningkatkan rekod prestasi MGB untuk projek bukan kediaman. Seterusnya, MGB akan terus meneroka pelbagai peluang di Malaysia dan peringkat antarabangsa.

“Selain itu, MGB berhasrat untuk meningkatkan pengalamannya dalam membangunkan hartanah kediaman, komersial dan perindustrian secara serentak dan dalam masa yang sama mengambil bahagian dalam pemilihan tender yang melibatkan projek pembangunan bercampur dan secara konsisten mendapatkan projek yang akan menggunakan kekuatan utama MGB, seperti panel konkrit pratuang Sistem Binaan Berindustri (IBS).

“Walau bagaimanapun, di sebalik prospek yang positif, kami optimis dan mengambil pendekatan berhati-hati di dalam memberikan hasil yang diinginkan oleh para pemegang saham MGB bagi tahun 2024,”katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

No Image Caption