[VIDEO] RM1 juta untuk Tabung Kasih@Hawana

A
A
A

KUCHING - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Kasih@Hawana pada tahun ini.

Anwar berkata, jumlah dana itu diteruskan pada tahun ini selepas kerajaan mengumumkan jumlah sama pada tahun lalu bagi membantu pengamal media yang ditimpa kesusahan.

Pada masa sama, Anwar turut meluluskan tambahan RM1 juta untuk pengamal media menjalani kursus dan latihan terutamanya dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI).

"Kita minta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) melalui Pusat Latihan Kecemerlangan bantu selaraskan beberapa program dan kegiatan untuk pengamal media," katanya ketika berucap di Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (Hawana) di sini pada Isnin.

Turut hadir Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Tabung Kasih@Hawana yang diwujudkan bersempena dengan sambutan Hawana tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Anwar menyampaikan ucapan pada acara kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Isnin. Foto Bernama
Anwar menyampaikan ucapan pada acara kemuncak sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Isnin. Foto Bernama

Ia bertujuan menyantuni wartawan dan petugas media yang masih dalam perkhidmatan atau telah bersara selain mengalami keuzuran atau memerlukan bantuan.

Terdahulu 1,000 pengamal media, wakil persatuan, kelab media dan wartawan dari Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei, Vietnam, Kemboja, Timor Leste, China, Korea Selatan, Qatar, Perancis dan Kuwait telah berhimpun di bandar raya ini sejak Sabtu lepas.

Pelbagai program telah diatur bagi meraikan sambutan yang julung kalinya diadakan Bumi Kenyalang ini.

Acara perhimpunan terbesar wartawan Malaysia yang mengangkat tema 'Etika Teras Kewartawanan Mapan' itu dianjurkan Kementerian Komunikasi dengan kerjasama kerajaan negeri Sarawak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!