Aksesori kanak-kanak dicemari toksik tinggi dikesan dijual di AliExpress, Shein

Jam dan rantai mengandungi bahan toksik tinggi yang dijual dalam platform AliExpress dan Shein. - Agensi
Jam dan rantai mengandungi bahan toksik tinggi yang dijual dalam platform AliExpress dan Shein. - Agensi
A
A
A

SEOUL - Syarikat gergasi e-dagang China, AliExpress dan Shei didapati menjual aksesori kanak-kanak yang dicemari tahap logam toksik melebihi pada paras dibenarkan.

Ia berdasarkan ujian keselamatan kimia yang dijalankan oleh Korea Conformity Laboratories ke atas tujuh produk kanak-kanak yang dijual di AliExpress dan Shein.

Dua aksesori iaitu jam tangan kanak-kanak yang disenaraikan di Shein dan rantai leher kanak-kanak dari AliExpress mengandungi bahan kimia berbahaya.

Jam tangan itu mengandungi paras plumbum 278 kali melebihi had yang dibenarkan, manakala bahagian belakang jam tangan mempunyai paras kromium 3.4 kali dan paras nikel 4.4 kali lebih tinggi daripada yang dibenarkan.

Loket rantai pula mengandungi paras plumbum 1.2 kali lebih tinggi daripada piawaian yang dibenarkan.

Difahamkan, tahap plumbum yang tinggi berpotensi mengganggu sistem pembiakan dan meningkatkan risiko kanser.

Kromium dikaitkan dengan ketoksikan dermatologi dan kerengsaan pernafasan manakala nikel dikaitkan dengan alahan dan penyakit kardiovaskular dan isu kesihatan yang lain.

Ketika ini, kerajaan bandar sedang menjalankan beberapa siri ujian keselamatan ke atas barangan yang dijual di platform e-dagang utama China AliExpress, Temu dan Shein, di mana pengguna domestik kerap membuat pembelian.

Artikel Berkaitan:

Keputusan daripada pemeriksaan terbaru itu akan disampaikan kepada platform tersebut supaya tindakan sewajarnya akan diambil. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Semak betul-betul sebelum beli #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Global #Kimia #EDagang #China #AliExpress #Shein #Aksesori #KanakKanak #Toksik

Wrath Whispers - Eucxtazy