Ikan tilapia, bandaraya kuasai sungai di Lembah Klang

Spesies invasif iaitu ikan bandaraya dan ikan tilapia yang ditangkap DOF dengan kerjasama komuniti di Sungai Kuyoh, Bukit Jalil, pada Ahad.
Spesies invasif iaitu ikan bandaraya dan ikan tilapia yang ditangkap DOF dengan kerjasama komuniti di Sungai Kuyoh, Bukit Jalil, pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Spesies ikan asing iaitu tilapia dan bandaraya menguasai enam sungai di Lembah Klang.

Sungai itu ialah Sungai Batu, Sungai Gombak, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Klang dan Sungai Kuyoh berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, hasil inventori yang dijalankan pada tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Adnan Hussain berkata, sepanjang inventori itu, sebanyak 817 ekor ikan ditangkap di mana hanya enam ekor merupakan ikan asli iaitu puyu dan haruan.

Adnan (kanan) menunjukkan keli Afrika yang berjaya ditangkap menggunakan kaedah menjala di Sungai Kuyoh, Bukit Jalil pada Ahad.
Adnan (kanan) menunjukkan keli Afrika yang berjaya ditangkap menggunakan kaedah menjala di Sungai Kuyoh, Bukit Jalil pada Ahad.

Katanya, selebihnya iaitu 811 ekor ikan ialah spesies asing bagi jenis bandaraya, tilapia hitam dan keli Afrika.

"Spesies ikan tilapia merupakan yang paling banyak ditemui selain ikan bandaraya dan ikan keli Afrika.

"Selain itu, konservasi juga telah dijalankan pada tahun 2023 dengan melakukan pelepasan sebanyak 80,000 ekor benih termasuk induk ikan tempatan iaitu ikan lampam sungai, terbul dan baung," katanya pada Ahad selepas Program Memburu Ikan Asing Bersama Komuniti di Sungai Kuyoh, Bukit Jalil di sini pada Ahad.

Program berstruktur itu dijalankan Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Komuniti Pemburu Ikan Bandaraya selain penglibatan agensi kerajaan, swasta, Universiti Utara Malaysia (UUM) serta Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Artikel Berkaitan:

Sungai Kuyoh, Bukit Jalil antara lokasi hotspot spesies ikan asing..
Sungai Kuyoh, Bukit Jalil antara lokasi hotspot spesies ikan asing..

Mengulas lanjut, Adnan berkata, Jabatan Perikanan juga mewujudkan Kaedah-Kaedah Perikanan Darat (sungai dan tasik) bagi Wilayah

Persekutuan serta dalam proses menambah baik peraturan serta kaedah sedia ada di lain-lain negeri bagi memperkukuhkan pengurusan perikanan darat di Malaysia.

Jelasnya, Aquaria KLCC sebagai rakan strategik juga turut membantu jabatan memberi pendedahan dan pendidikan mengenai bahaya ikan asing dalam ekosistem dan mendidik solusi yang efektif untuk menangani masalah ini melalui kempen 'Alien Invaders' iaitu pameran beberapa spesies ikan asing di Aquaria KLCC yang telah bermula pada April sehingga Jun 2024.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Aquawalk Sdn Bhd, Daryl Foong berkata, pihaknya memandang serius mengenai spesies asing invasif yang telah mendiami perairan negara.

"Usaha bersama sektor korporat melalui program pengesanan, pemantauan dan kesedaran diperlukan bagi memastikan objektif melindungi ekosistem perairan tercapai," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!