'Senarai hitam pelancong baca al-Quran di Batu Caves' - Syahredzan

Hantaran Syahredzan di aplikasi X pada Sabtu. Gambar kanan: Syahredzan
Hantaran Syahredzan di aplikasi X pada Sabtu. Gambar kanan: Syahredzan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Imigresen digesa untuk menyenaraihitamkan seorang pelancong asing daripada memasuki Malaysia yang dirakam dalam sebuah video membaca ayat al-Quran di kompleks kuil Hindu Batu Caves, Selangor baru-baru ini.

Desakan itu dibuat Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan terhadap pempengaruh dipercayai berasal dari Maghribi tersebut susulan tindakannya menghina agama Islam.

“Saya setuju dengan pandangan Menteri Agama dalam hal ini. Orang luar jangan buat tindakan yang ganggu-gugat keharmonian kaum dalam negara yang kami cintai ini.

“Saya gesa supaya pihak imigresen senarai hitam pelancong ini daripada masuk Malaysia,” katanya menerusi hantaran di aplikasi X pada Sabtu.

Terdahulu, video yang dimuat naik di TikTok oleh pempengaruh berkenaan menerusi akaun @abdeentube yang membaca ayat suci Islam di hadapan Patung Dewa Murugan di Batu Caves mencetuskan kemarahan ramai.

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang pelancong asing tersebut.

Bercakap kepada Malaysiakini, Mohd Na'im menganggap tindakan lelaki berkenaan sebagai sangat tidak wajar dan tidak memahami masyarakat berbilang budaya di Malaysia atau menghormati tapak keagamaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: