Buta bukan penghalang baca al-Quran - Muhammad Qayyim

Muhammad Qayyim (empat dari kiri) memenuhi pelbagai undangan majlis sekitar Kelantan.
Muhammad Qayyim (empat dari kiri) memenuhi pelbagai undangan majlis sekitar Kelantan.
A
A
A

KOTA BHARU - Sentiasa bertemankan al-Quran dalam kehidupan seharian membuatkan orang kurang upaya (OKU) penglihatan juga Qari Malaysia, Nizar Sarimi berasa hati lapang.

Muhammad Qayyim Nizar, 26, berkata, sesibuk manapun jadual harian yang padat dengan undangan di majlis-majlis agama atau memberi ceramah di tahfiz-tahfiz serta pondok, dia tetap akan mencari ruang untuk membaca al-Quran.

MUHAMMAD QAYYIM NIZAR
MUHAMMAD QAYYIM NIZAR

Katanya, paling kurang akan meluangkan masa selama setengah jam sehari untuk membaca al-Quran.

“Saya membaca Quran tidak menentu masa kerana bacaan secara bertaranum, yang pasti setiap hari saya akan pastikan membaca al-Quran.

“Jika tidak baca atau tidak sempat nak baca, hati dan hari-hari saya terasa kosong berbanding berasa hati akan lapang serta tenang selepas membaca al- Quran,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, pada Khamis.

Beliau mengulas lanjut, kekurangan seseorang seperti kecatatan fizikal sepertinya tidak harus dijadikan alasan untuk tidak mempelajari, membaca dan memahami serta bersahabat dengan al-Quran.

Sebaliknya semua golongan perlu lebih gigih untuk tahu membaca Quran melalui pelbagai cara dan kaedah sehingga memperoleh sijil atau tauliah lebih tinggi bidang pengajian al-Quran di institusi pengajian tinggi.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Qayyim yang mengaji Quran braille.
Muhammad Qayyim yang mengaji Quran braille.

“Saya sendiri gunakan al-Quran braille dan mahu lebih ramai individu tidak dapat melihat untuk membaca al-Quran kerana akan mendapat lebih keberkatan serta pahala.

“Selain itu, jika kita membaca al-Quran, keberkatan dari Allah SWT akan hadir melalui pelbagai cara seperti urusan harian kita dipermudahkan dan segala kerja berjalan lancar,” katanya.

Muhammad Qayyim Nizar memiliki Diploma Tahfiz al-Quran dan Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, di sini.

Beliau Johan Qari Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-63 dengan meraih markah membanggakan 94.96 peratus mengalahkan peserta dari Iran, Alireza Bizhaniavval yang memperoleh 93.30 peratus.