Buaya tembaga sesat masuk parit taman awam Teluk Likas

Buaya ditemukan di dalam parit kawasan taman awam di Teluk Likas Jalan Tun Fuad Kota Kinabali.
Buaya ditemukan di dalam parit kawasan taman awam di Teluk Likas Jalan Tun Fuad Kota Kinabali.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seekor buaya tembaga dipercayai tersesat masuk ke dalam parit kawasan taman awam Teluk Likas Jalan Tun Fuad, di sini berjaya ditangkap sepasukan anggota bomba pada malam Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, seramai lapan anggota dikejar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan itu jam 12.21 tengah malam oleh orang awam yang menyedari kehadiran reptilia dianggarkan sepanjang 2.1 meter tersebut.

"Sebaik tiba, terdapat seekor buaya dianggarkan seberat 180 kilogram berada dalam parit kawasan tersebut.

Sepasukan bomba melakukan operasi menangkap buaya tersebut sebelum diserahkan kepada JHL Sabah.
Sepasukan bomba melakukan operasi menangkap buaya tersebut sebelum diserahkan kepada JHL Sabah.

"Operasi menangkap buaya dilakukan menggunakan penjerut dan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan haiwan tersebut dari parit berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Katanya lagi, buaya itu kemudian dibawa ke balai bomba dan akan diserahkan ke Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan jam 1 pagi selepas kawasan tersebut dipastikan selamat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: