'Setiap yang berlaku ada sebabnya' - Bekas isteri Hisyam Hamid

Rosmawati Hanaf atau lebih dikenali sebagai Mel,42 mengakui, perpisahan itu memberikan impak besar dalam hidup.
Rosmawati Hanaf atau lebih dikenali sebagai Mel,42 mengakui, perpisahan itu memberikan impak besar dalam hidup.
A
A
A

PENGUMUMAN perceraian daripada aktor Hisyam Hamid mengejutkan ramai biarpun sudah lama khabar angin tentang status perkahwinannya bertebaran.

Dalam perkembangan terkini, bekas isterinya, Rosmawati Hanaf atau lebih dikenali sebagai Mel,42 mengakui, perpisahan itu memberikan impak besar dalam hidup.

Bercerai selepas usia perkahwinan menjangkau usia 18 tahun, Mel meluahkan perasaannya selepas berpisah.

"Semua berlaku ada sebab. Setiap langkah yang tersadung, terjatuh, patah hati dan kekecewaan membawa rahmat yang tersembunyi.

"Saya mungkin merasa kehilangan sekarang, bergelut dengan soalan yang seolah-olah tiada jawapan," kongsi Mel di Instagram.

Hasil perkongsian hidup, Hisyam dan Mel dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, serta Haydeen,15.
Hasil perkongsian hidup, Hisyam dan Mel dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, serta Haydeen,15.

Mengakui telah melalui fasa sukar selepas bercerai, wanita berusia 42 tahun itu bagaimanapun tidak putus semangat untuk kembali kuat.

"Saya melalui seribu perkara dalam hidup yang orang tidak tahu. Perkara-perkara yang menggoncang, mengubah, menghancurkan dan membina. Semuanya mengajar saya agar lebih kuat yang pernah saya fikirkan.

Artikel Berkaitan:

"Hati ini berkeping-keping, tetapi perasaan ini tidak akan kekal. Ia akan pulih semula pada masa yang terbaik.

"Kini masanya untuk menjadi kuat, menerima dan sembuh. ALLAH akan membuat hati ini tersenyum kembali," kongsinya menerusi Instagram.

Terdahulu, Hisyam mengesahkan sudah berpisah dengan wanita itu. Biarpun sudah bercerai, aktor Memori Cinta Suraya itu mahu mendedahkan selesa menjadi kawan baik buat masa ini dan menyerahkan kepada masa untuk menentukan.

Sekadar info, Hisyam dan Mel mendirikan rumah tangga pada 2006.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!