Bapa ditahan, rogol anak kandung sejak umur 10 tahun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

GERIK - Seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki melakukan sumbang mahram dengan merogol anak kandung sendiri.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim berkata, perbuatan suspek berusia 43 tahun itu terbongkar selepas menerima laporan polis sekitar jam 12 tengah hari pada Khamis.

Menurut beliau, mangsa yang berusia 17 tahun mendakwa dia diperkosa berulang kali oleh bapanya sejak berusia 10 tahun.

"Laporan polis tersebut dibuat oleh seorang kaunselor berusia 37 tahun setelah dimaklumkan mengenai kejadian ketika satu sesi kaunseling yang dijalankan bersama mangsa pada hari yang sama.

"Mangsa dalam keterangannya memaklumkan kejadian kali pertama berlaku pada 2017 dan berlanjutan sehingga 2020.

"Menurut mangsa, kejadian itu pernah diadukan kepada ibu saudaranya yang kemudian bertindak berhadapan dengan suspek namun dinafikan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Zulkepli berkata, suspek berjaya ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu.

"Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu dan memperoleh reman selama tujuh hari sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan sebatan sekiranya disabitkan kesalahan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!