Dua lelaki miliki 50 bungkus disyaki air ketum ditahan

50 bungkusan plastik disyaki air ketum dirampas Polis Temerloh. Foto Polis Temerloh
50 bungkusan plastik disyaki air ketum dirampas Polis Temerloh. Foto Polis Temerloh
A
A
A

TEMERLOH - Polis Temerloh menahan dua lelaki kerana memiliki 50 bungkus plastik disyaki air ketum dalam satu serbuan ops tapis di kawasan rumah Jalan Paya Luas, Kuala Krau pada Ahad.

Kedua-dua suspek yang berusia 27 dan 35 tahun itu merupakan penganggur, ditahan kira-kira jam 10 malam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.

"Kita tahan dua lelaki dan merampas satu tong plastik berpenutup warna oren yang mengandungi 50 bungkusan plastik berisi cecair warna hijau disyaki air ketum.

"Anggaran isi padu air sebanyak 50 liter dengan nilai rampasan berjumlah RM500," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata kedua- dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Jelasnya, suspek akan ditahan reman pada Selasa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara maksimum empat tahun atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!