Tuduh bapa curi duit sebelum cedera dipukul anak dengan kerusi

Mohd Yusri
Mohd Yusri
A
A
A

GERIK - Seorang lelaki warga emas cedera selepas terkena hayunan kerusi ketika bertengkar dengan anaknya dalam kejadian di Jalan Kuala Rui di sini pada Khamis.

Kejadian sekitar jam 8 malam itu berlaku apabila suspek berusia 35 tahun menuduh bapanya telah mengambil wangnya berjumlah RM1,500.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ketika kejadian mangsa berusia 74 tahun itu sedang berbual dengan anak saudaranya di kawasan luar rumah.

"Ketika berlaku pergaduhan, suspek telah mencederakan mangsa menggunakan sebuah kerusi plastik.

"Akibat daripada pukulan itu, mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian kening sebelah kanan," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, mangsa telah menerima empat jahitan ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Gerik.

"Suspek berjaya ditahan kemudian reman diperolehi selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!