Penerbangan 56 bakal haji dijadualkan semula - TH

Penerbangan bagi 56 bakal jemaah haji daripada kumpulan KT043 yang sepatutnya berlepas ke Tanah Suci pagi tadi, dijadualkan semula esok. Foto hiasan
Penerbangan bagi 56 bakal jemaah haji daripada kumpulan KT043 yang sepatutnya berlepas ke Tanah Suci pagi tadi, dijadualkan semula esok. Foto hiasan
A
A
A

SEPANG - Penerbangan bagi 56 bakal jemaah haji daripada kumpulan KT043 yang sepatutnya berlepas ke Tanah Suci pagi tadi, dijadualkan semula esok.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, mereka yang terlibat dijadualkan berlepas dengan penerbangan Saudi Airlines pada jam 5.35 petang, menuju ke Jeddah dan kemudian diterbangkan ke Madinah.

Menurut kenyataan itu, pesawat Saudi Airlines SV5091 yang dijadual berangkat ke Tanah Suci pada jam 6.30 pagi Khamis dengan muatan sebanyak 353 orang dari balai pelepasan Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC) Sepang, dilaporkan mengalami masalah teknikal.

"Sebuah pesawat gantian diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk membawa 297 bakal haji dari kumpulan jemaah berkenaan dan berlepas dari KLIA pada jam 10.36 pagi tadi menuju ke Madinah," katanya.

Menurut kenyataan itu, TH akan menyediakan penginapan dan makanan kepada 56 bakal haji yang terkesan di MHCC, Sepang sehingga tarikh penerbangan baharu bagi memastikan kebajikan mereka terjaga sepenuhnya.

"Penjadualan semula penerbangan kumpulan kecil bakal haji ini tidak menjejaskan jadual penerbangan bagi kumpulan bakal haji yang lain dan akan berjalan seperti biasa," menurut kenyataan itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: