Sebutan semula kes Hafizul kerana miliki senjata pada 30 Jun

Mahkamah Sesyen menetapkan 30 Jun depan sebagai sebutan semula kes Hafizul yang berdepan tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata. Foto Bernama
Mahkamah Sesyen menetapkan 30 Jun depan sebagai sebutan semula kes Hafizul yang berdepan tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis menetapkan 30 Jun depan sebagai sebutan semula kes pengurus syarikat agensi pelancongan, Hafizul Hawari, 38, yang berdepan tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata pada 15 April lalu.

Hakim Nik Habri Muhamad menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan selesai menyerahkan dokumen untuk penelitian pihak pembelaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguambela Mohammad Shafiq Mohammad Lazim.

Mohammad Shafiq ketika ditemui pemberita memberitahu prosiding melibatkan penyerahan dokumen sebelum tarikh sebutan semula yang ditetapkan pada 30 Jun depan.

Pihak pembelaan turut memohon penahanan Hafizul dikekalkan di Penjara Sungai Buloh, Selangor bagi memudahkan perjalanannya berikutan tertuduh turut menghadapi kes di Mahkamah Sesyen Sepang dan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Media sebelum ini melaporkan, Hafizul mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 24 April lalu atas tujuh pertuduhan tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, peluru dan mercun.

Tertuduh juga didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya yang dikenali sebagai Ustazah Farah Cie.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: