KDN FC sedia bermain secara terbuka lawan Terengganu - Jaehong

Jaehong (kanan) berharap KDN FC sedia bermain secara terbuka berdepan Terengganu pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pada Jumaat meskipun lawan bukan calang-calang pasukan.
Jaehong (kanan) berharap KDN FC sedia bermain secara terbuka berdepan Terengganu pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pada Jumaat meskipun lawan bukan calang-calang pasukan.
A
A
A

KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) sedia bermain secara terbuka berdepan Terengganu pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pada Jumaat meskipun lawan bukan calang-calang pasukan.

Pengendalinya, Park Jaehong berkata, barisan pemain juga perlu memanfaatkan sebaik mungkin peluang dengan menjaringkan gol pada perlawanan itu.

"Kami sudah melihat corak permainan Terengganu dan pernah berlawan dengan mereka sebelum ini pada aksi pemanas badan.

"Mereka pasukan yang sangat bagus. Jadi, kami akan cuba memberikan yang terbaik dari segi teknikal dan juga taktikal," katanya pada Khamis.

Menurut beliau, berdepan Terengganu, KDN FC tampil lebih bersedia selepas melihat kekuatan dan kelemahan pasukan.

Ujarnya, beliau yakin barisan pemain akan memberi saingan kepada Terengganu FC.

"Sekarang bergantung kepada komunikasi kami. Kami kena kurangkan kesilapan dan guna segala kelebihan dalam situasi bola mati.

"Kami juga kena fokus pada setiap minit permainan serta kena bermain laju apabila menyerang, yang penting, pemain kena bermain secara terbuka supaya jaringan dapat dicari," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!