Bekas Setpol Hamzah Zainuddin tiba di mahkamah

Sayed Amir Muzzakkir hadir dengan memakai kot berwarna biru gelap dengan diiringi dua individu lain.
Sayed Amir Muzzakkir hadir dengan memakai kot berwarna biru gelap dengan diiringi dua individu lain.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin tiba di Kompleks Mahkamah di sini pada jam 8.50 pagi Khamis, dipercayai akan menghadapi tuduhan kes rasuah.

Sayed Amir Muzzakkir Al Sayed Mohamad, 42, hadir dengan memakai kot berwarna biru gelap dengan diiringi dua individu lain.

Pertuduhan terhadapnya akan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi, pada jam 9 pagi ini.

Lelaki itu kelihatan tenang ketika dirakam gambar dan video oleh beberapa pengamal media yang berkumpul sejak jam 8 pagi.

Menerusi siaran media pada Rabu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, izin untuk mendakwa individu itu bersama seorang lagi pemilik syarikat, telah diperoleh lebih awal.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pemilik sebuah syarikat itu ialah seorang anak menteri besar sebuah negeri dan dia akan didakwa Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Lelaki itu telah direman SPRM pada 24 April lalu, bersama lima lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berkenaan dan kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM pada hari sama.

Ia berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana di negeri sejak dua tahun lalu dan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas lapan jam disiasat.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!