Bekas setiausaha politik pemimpin pembangkang dituduh di mahkamah hari ini

Berdasarkan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap lelaki itu akan dibuat di hadapan Hakim, Rozina Ayob pada jam 9 pagi.
Berdasarkan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap lelaki itu akan dibuat di hadapan Hakim, Rozina Ayob pada jam 9 pagi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang bekas setiausaha politik kepada pemimpin parti pembangkang akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.

Bagaimanapun, tiada maklumat jelas mengenai pertuduhan dihadapinya.

Berdasarkan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap lelaki itu akan dibuat di hadapan Hakim, Rozina Ayob pada jam 9 pagi.

Menerusi siaran media pada Rabu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, izin untuk mendakwa individu itu bersama seorang lagi pemilik syarikat telah diperoleh lebih awal.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pemilik sebuah syarikat itu ialah seorang anak menteri besar sebuah negeri dan dia akan didakwa Mahkamah Sesyen Kangar, Perlis atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000.

Lelaki itu telah direman SPRM pada 24 April lalu, bersama lima lagi suspek bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu berkenaan dan kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM pada hari sama.

Ia berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana di negeri sejak dua tahun lalu dan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas lapan jam disiasat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: