Dapur kantin sekolah musnah terbakar di Simpang Pulai

Dapur kantin Sekolah Menengah Shen Jai di Simpang Pulai terbakar malam tadi dengan kemusnahan dianggarkan sebanyak 80 peratus. - Foto JBPM Perak
Dapur kantin Sekolah Menengah Shen Jai di Simpang Pulai terbakar malam tadi dengan kemusnahan dianggarkan sebanyak 80 peratus. - Foto JBPM Perak
A
A
A

SIMPANG PULAI - Dapur kantin Sekolah Menengah Shen Jai di sini musnah terbakar kira-kira 80 peratus malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian berlaku pada jam 8.42 malam.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

"Dapur kantin sekolah yang berkeluasan 15x15 kaki persegi itu terbakar sebanyak 80 peratus, bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat.

"Anggota bomba kemudian membuat size up serta mengaplikasikan konsep RECEO.

"Pemadaman api digunakan dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula air tangki jentera sehingga kebakaran dipadamkan sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Saiful Yazan Mohd Shariff itu membabitkan seramai lapan anggota dan tamat jam 9.32 malam. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: