Muhammad Azfar hilang sejak Sabtu ketika mendaki bukit

Usaha pencarian masih dilakukan hingga kini.
Usaha pencarian masih dilakukan hingga kini.
A
A
A

BATU KAWAN - Seorang lelaki dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti mendaki dan berjoging secara sendirian di Bukit Hill Top Batu Kawan, di sini Sabtu lepas.

Difahamkan lelaki berkenaan keluar dari rumahnya kira-kira 5 petang hari sama.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang berkata, kehilangan Muhammad Azfar Ismail, 28, dari Taman Mutiara, di sini dilaporkan oleh abangnya pada 11.59 malam Sabtu.

"Pasukan keselamatan terdiri daripada bomba, polis dan APM Pulau Pinang dengan dibantu orang awam menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa sejak Sabtu hingga setakat hari ini, namun gagal menjejakinya,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Penduduk kampung turut melakukan solat hajat bagi memohon dipermudah usaha mengesan lelaki itu.

Bukit Hill Top Batu Kawan sering menjadi tumpuan pendaki untuk berjoging di situ pada sebelah petang terutama hujung minggu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!