Kami akan cuba bentuk pasukan terbaik - Pan-gon

Pan-gon
Pan-gon
A
A
A

PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyifatkan undian kejohanan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 sebagai menarik selepas Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Thailand.

Menurut Pan-gon, beliau akan membentuk pasukan terbaik mengharungi kejohanan tersebut yang akan berlangsung pada 23 November nanti.

"Undian yang sangat menarik. Kami akan berdepan Thailand yang menjadi lawan kami pada kempen sebelum ini dan pasukan pencabar lain ialah Singapura selain Kemboja dan satu lagi pasukan dari perlawanan kelayakan.

"Kami akan cuba mendapatkan pemain terbaik untuk membentuk pasukan terbaik menghadapi kejohanan ini," katanya selepas majlis undian itu.

Selain Thailand, Malaysia diundi bersama juara empat kali, Singapura, Kemboja dan pemenang perlawanan kelayakan antara antara Brunei atau Timor Leste pada majlis undian berlangsung di Hanoi, Vietnam pada Selasa.

Dalam Kumpulan B pula, juara dua kali, Vietnam menjadi pilihan untuk mara ke pusingan separuh akhir selain Indonesia yang juga memiliki peluang cerah.

Melengkapkan pasukan dalam Kumpulan B itu ialah Filipina, Myanmar dan Laos.

Pada edisi 2022, Malaysia tewas kepada Thailand di peringkat separuh akhir menerusi agregat 3-1 dengan perlawanan berlangsung secara timbal balik.

Artikel Berkaitan:

Skuad Gajah Perang itu melebarkan rekod kejuaraan kejohanan serantau itu sebanyak tujuh kali selepas menundukkan Vietnam 3-2 secara agregat dalam perlawanan akhir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!