Peminat Messi di Hong Kong dapat kembali separuh duit tiket

Messi (kiri) hanya berada di bangku simpanan ketika aksi persahabatan pramusim Inter Miami di Stadium Hong Kong pada Februari lalu. - Agensi
Messi (kiri) hanya berada di bangku simpanan ketika aksi persahabatan pramusim Inter Miami di Stadium Hong Kong pada Februari lalu. - Agensi
A
A
A

PEMINAT yang membeli tiket untuk menonton aksi Lionel Messi di Hong Kong akan mendapat bayaran balik 50 peratus dengan syarat mereka tidak mengambil tindakan undang-undang.

Orang ramai membayar harga tiket daripada HK$880 (RM532.56) untuk melihat pemenang lapan kali Ballon d’Or itu beraksi pada 4 Februari dalam perlawanan jelajah Inter Miami menentang pasukan pilihan Hong Kong.

Tetapi, pemain Argentina berusia 36 tahun itu tidak dimasukkan dan berada di bangku simpanan kerana kecederaan, mengundang ejekan daripada orang ramai.

Penganjur Tatler Asia menawarkan bayaran balik 50 peratus untuk mereka yang membeli tiket melalui saluran rasmi untuk perlawanan itu.

Mereka yang mahukan sebahagian wang dikembalikan perlu bersetuju dengan terma dan syarat termasuk tidak meneruskan prosiding di mana-mana mahkamah undang-undang, tribunal atau pihak berkuasa kawal selia.

Persinggahan seterusnya Inter Miami selepas Hong Kong ialah Jepun dan Messi bermain selama 30 minit perlawanan persahabatan menentang Vissel Kobe di Tokyo, yang menimbulkan kemarahan penyokong.

Artikel Berkaitan: