Ahmad Zahid tiba di Hong Kong, mulakan lawatan rasmi

Ahmad Zahid (tengah) tiba di Hong Kong pada Rabu bagi rangka lawatan rasmi selama 11 hari. Foto Facebook Zahid Hamidi
Ahmad Zahid (tengah) tiba di Hong Kong pada Rabu bagi rangka lawatan rasmi selama 11 hari. Foto Facebook Zahid Hamidi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hong Kong pada Rabu bagi rangka lawatan rasmi selama 11 hari.

Hantaran di Facebook rasminya memaklumkan ketibaan beliau disambut Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong, Muzambli Markam serta kakitangan konsulat.

"Esok, saya dijadual bertemu Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) John Lee Ka-chiu.

"Lawatan ini bagi memperkukuhkan lagi kerjasama dan meneroka potensi baharu khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan, inovasi teknologi serta memperluaskan lagi perkongsian strategik yang bermanfaat untuk kedua-dua negara,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Hong Kong adalah Wilayah Pentadbiran Khas China.

Ahmad Zahid berkata, lawatan rasmi beliau ke China itu adalah yang pertama sejak menggalas jawatan Timbalan Perdana Menteri dan ia juga bersempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: