'PATI masih guna taktik lapuk ketika ditahan'

Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan kedai makan di Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur pada Selasa.
Antara warga asing yang ditahan dalam serbuan kedai makan di Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bukan sahaja cuba melarikan diri, namun ada juga warga asing yang menggunakan taktik lapuk mengaku bukan pekerja untuk elak dicekup pihak berkuasa dalam operasi di Bandar Baru Sri Petaling, di sini pada Selasa.

Helah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di kedai makan itu hanya menjerat diri selepas pemantauan awal pasukan operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengesahkan warga asing terbabit merupakan pekerja premis terbabit.

Selepas ditahan, ada antara mereka merayu hingga menangis agar tidak diambil tindakan lanjut.

Antara warga asing yang ditahan.
Antara warga asing yang ditahan.

Itu antara situasi sepanjang Op Belanja bermula jam 11.30 pagi.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan ini menahan 11 PATI termasuk lapan wanita atas kesalahan tiada dokumen sah dan tinggal lebih masa.

"Semakan mendapati sembilan ialah warga Myanmar dan dua Indonesia.

Kesemua tangkapan berusia 20 hingga 45 tahun dibawa ke Ibu Pejabat JIM Kuala Lumpur.
Kesemua tangkapan berusia 20 hingga 45 tahun dibawa ke Ibu Pejabat JIM Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

"Turut ditahan ialah warga tempatan yang juga majikan kepada warga asing terbabit untuk siasatan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63," katanya pada Selasa.

Tambah beliau, kesemua tangkapan berusia 20 hingga 45 tahun dibawa ke Ibu Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!