Pasangan kekasih disyaki buang bayi di kedai ayam direman

Suspek lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman bagi perintah reman pada Selasa.
Suspek lelaki dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman bagi perintah reman pada Selasa.
A
A
A

KEMAMAN - Pasangan kekasih direman selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis selepas disyaki terlibat dalam kes buang bayi.

Perintah reman ke atas suspek berusia 21 dan 24 tahun itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Suspek lelaki berusia 24 tahun yang merupakan pembantu kedai direman di Majistret Kemaman pada pagi Selasa sementara suspek wanita berusia 21 tahun yang menerima rawatan direman di Wad Bersalin Hospital Kemaman.

Kedua-dua suspek diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurul Farhana Shamsudin.

Sebelum ini, suspek ditahan secara berasingan kira-kira jam 11 pagi dan 3 petang di Kampung Jabur Kubur dan Pekan Chukai, di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi lelaki cukup sifat dibuang di lantai kedai ayam

Kes tersebut terbongkar selepas bayi lelaki seberat kira-kira 3 kilogram ditemui ditinggalkan di atas lantai sebuah kedai menjual ayam di Jalan Air Putih, Chukai di sini pada pagi Sabtu.

Bayi tersebut ditemui oleh seorang pemandu lori dan peniaga ayam goreng yang datang ke premis tersebut bagi urusan bekalan ayam sekitar jam 7.30 pagi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!