Mahkamah benarkan pindaan pertuduhan pertama Ebit Lew

Ebit Lew ketika hadir di Mahkamah Majistret Tenom pada Selasa.
Ebit Lew ketika hadir di Mahkamah Majistret Tenom pada Selasa.
A
A
A

TENOM - Mahkamah Majistret Tenom pada Selasa membenarkan pindaan dilakukan berhubung pertuduhan pertama terhadap pendakwah bebas, Ebit Lew.

Permohonan pindaan itu dibuat oleh Timbalan Pendakwaan Raya, Zahida Zakaria berdasarkan keterangan saksi kesembilan berkaitan kejadian yang berlaku pada 29 Mac 2021.

"Saya mohon supaya pertuduhan pertama terhadap tertuduh dipinda secara lisan pada bahagian waktu kejadian iaitu lebih kurang jam 6 pagi kepada lebih kurang jam 8.09 pagi.

"Pindaan hanya di bahagian itu saja," katanya dalam prosiding di Mahkamah Majistret Tenom di sini.

Dalam permohonan itu, peguam mewakili Ebit Lew, Datuk Ram Singh berkata, terpulang kepada pihak pendakwaan dan hujah akan dikemukakan berhubung perkara ini.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew kemudian dibacakan pertuduhan selepas pindaan tersebut dilakukan iaitu pada 29 Mei 2021, lebih kurang jam 8.07 pagi di sebuah kampung di Tenom dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang menggunakan perkhidmatan aplikasi WhatsApp.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Beliau yang faham dengan pertuduhan tersebut, kekal dengan pengakuannya bahawa tidak mengaku bersalah.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, perbicaraan dikendalikan oleh Zahida dan Analia Kamaruddin sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Ebit Lew diwakili oleh Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Mohd Syarulnizam Salleh Keruak manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!