PATI Myanmar naik sampan seberang Sungai Golok ditahan

Tindakan tiga PATI warganegara Myanmar menaiki sampan menyeberangi Sungai Golok untuk memasuki sempadan Malaysia-Thailand berjaya dikesan oleh ATM pada Isnin.
Tindakan tiga PATI warganegara Myanmar menaiki sampan menyeberangi Sungai Golok untuk memasuki sempadan Malaysia-Thailand berjaya dikesan oleh ATM pada Isnin.
A
A
A

PASIR MAS - Tindakan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar menaiki sampan menyeberangi Sungai Golok untuk memasuki sempadan Malaysia-Thailand berjaya dikesan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Isnin.

Penahanan terhadap mereka dilakukan pada jam 8.30 malam semasa pasukan Briged Kelapan Infantri Malaysia sedang melakukan rondaan di kawasan terbabit.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua tiga PATI tersebut berumur 28 hingga 39 tahun tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

"Mereka cuba masuk ke Malaysia secara haram untuk mencari peluang pekerjaan.

"Turut dirampas adalah dua buah telefon bimbit dan wang tunai dalam mata wang negara Malaysia, Myanmar dan Nepal," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, anggaran nilai keseluruhan rampasan ialah sebanyak RM1,062.71.

Tambah kenyataan itu, PATI yang ditahan berserta barang rampasan diserahkan ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan selanjutnya.

"Pasukan beroperasi akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan penyeludupan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!