Pas yakin RUU 355 dapat majoriti mudah di Parlimen

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

KOTA BHARU - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang percaya Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan memperoleh undian majoriti mudah apabila ia dibentang di Parlimen nanti.

Beliau berkata, kelulusan itu akan memberi ruang kepada sedikit proses pindaan.

"Bacaan (RUU 355) kali kedua sudah, cuma undian belum dibuat. Nak undi ini bukan mufti tapi Ahli Parlimen, jadi kita tunggulah," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar pada Selasa.

Sebelum itu beliau hadir ke Konvensyen Pemantapan Perundangan dan Institusi Syariah (KONSIS 2024) di sini.

Sinar Harian pada 18 Februari lalu melaporkan, sesi libat urus mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) kini di peringkat akhir dan laporannya akan dibawa ke Kabinet sebelum dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, sesi libat urus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Undang-Undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telahpun berada di peringkat akhir.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Marang itu berkata, penganjuran KONSIS 2024 akan memudahkan penyampaian mesej kepada rakyat berkait usaha memperkasakan undang-undang syariah di negara ini.

Ujarnya, hal ini kerana KONSIS 2024 melibatkan mereka yang pakar dalam undang-undang.

Artikel Berkaitan:

Abdul Hadi memberitahu, peranan ilmuan amat diperlukan dalam memberikan kefahaman yang jelas berkait perkara ini.

"Saya yakin negeri-negeri lain akan menjadikan KONSIS 2024 sebagai contoh ke arah memperkasakan perundangan syariah di Malaysia," katanya

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!