Maqis rampas mangga Siam halang kemasukan serangga perosak

Rampasan itu dilakukan hasil pemeriksaan konsainan buah mangga dari Thailand menerusi ICQS Rantau Panjang.
Rampasan itu dilakukan hasil pemeriksaan konsainan buah mangga dari Thailand menerusi ICQS Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan merampas mangga dari negara jiran bernilai RM26,000 selepas dikesan mempunyai serangga perosak dari spesies mango pulp weevil (stemochtetus mangiferae).

Rampasan itu dilakukan hasil pemeriksaan konsainan buah mangga dari Thailand menerusi Kompleks Imigresen Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Pengarahnya, Syed Fuad Syed Putra berkata, rampasan itu bertujuan untuk menghalang dan mengawal kemasukan serangga perosak yang boleh melumpuhkan industri pertanian terutama mangga tempatan.

Maqis Kelantan merampas mangga dari negara jiran bernilai RM26,000 selepas dikesan mempunyai serangga perosak.
Maqis Kelantan merampas mangga dari negara jiran bernilai RM26,000 selepas dikesan mempunyai serangga perosak.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 14, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) iaitu mengimport keluaran pertanian yang dipercayai mempunyai serangga perosak dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, menjadi keutamaan Maqis untuk sentiasa teliti dan cekap dalam menjalankan pemeriksaan terhadap keluaran pertanian yang diimport ke Malaysia.

Ujarnya, ia bagi menjamin setiap keluaran pertanian terbabit tiada perosak, penyakit atau bahan cemar serta mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!