SMK Rantau Panjang harumkan nama Malaysia

Mahyudin (tengah) bersama pelajar SMK Rantau Panjang berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila meraih pingat perak pada pertandingan IPITEx 2024.
Mahyudin (tengah) bersama pelajar SMK Rantau Panjang berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila meraih pingat perak pada pertandingan IPITEx 2024.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang di sini berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila meraih pingat perak pada pertandingan Bangkok International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx) 2024.

Pelajar Tingkatan Lima itu menghasilkan produk plastik dikenali sebagai fiscus diperbuat daripada lendir ikan sungai seperti haruan dan keli.

SMK Rantau Panjang merupakan sekolah harian tunggal di Kelantan yang layak menyertai pertandingan IPITEx 2024.
SMK Rantau Panjang merupakan sekolah harian tunggal di Kelantan yang layak menyertai pertandingan IPITEx 2024.

Kejayaan itu menyaksikan Nur Asyikhin Mohd Zafri, Nur Ain Amani Mohd Harith dan Irham Rafiq Roslan menjulang nama Malaysia di pentas antarabangsa di belakang Korea Selatan yang meraih pingat emas.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas, Mahyudin Mamat berkata, pihaknya mengakui terkejut meraih tempat kedua memandangkan saingan yang diterima sepanjang pertandingan itu cukup sengit.

"Selain Thailand selaku tuan tuan, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Vietnam, Filipina, Poland, Romania, Arab Saudi, Jepun dan Rusia antara negara lain yang mengambil bahagian pada pertandingan yang diadakan awal Februari lalu," katanya pada Selasa.

Menurut beliau, fiscus yang bertema kelestarian alam itu merupakan pembalut makanan mudah terbiodegradasi.

Mahyudin memberitahu, ia membuktikan pelajar di luar bandar mampu meraih kejayaan jika diberikan peluang dan sokongan sebaik mungkin.

Artikel Berkaitan:

Produk plastik dikenali sebagai fiscus ini diperbuat daripada lendir ikan sungai.
Produk plastik dikenali sebagai fiscus ini diperbuat daripada lendir ikan sungai.

"Menariknya, SMK Rantau Panjang merupakan sekolah harian tunggal di Kelantan yang layak menyertai pertandingan itu.

"Untuk makluman, inovasi fiscus ini dalam proses mendaftarkan hak cipta dan cap dagangan dengan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bagi melindungi idea asal produk ini," katanya.

Menurut beliau, pihak PPD Pasir Mas iaitu Pegawai Pendidikan Daerah, Bahari Daud dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) banyak membantu dari segi idea dan kandungan bahan kertas cadangan.