Wanita maut kereta terbabas langgar penghadang lebuh raya

Seorang wanita maut dalam kemalangan jalan di Kilometer 388, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Sabtu.
Seorang wanita maut dalam kemalangan jalan di Kilometer 388, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Sabtu.
A
A
A

TANJUNG MALIM – Seorang wanita maut manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 388, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.35 pagi itu, kedua-dua mangsa dilaporkan tersepit di dalam sebuah kereta jenis Honda City.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, seorang lagi wanita berusia 20 tahun turut mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan.

Mangsa wanita berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mangsa wanita berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35 pagi.

"Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 8.48 pagi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Honda City yang melanggar penghadang jalan.

"Terdapat tiga mangsa iaitu dua wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan. Seorang mangsa wanita dan kanak-kanak didapati tersepit di dalam kenderaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa wanita berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Kesemua mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis.

"Operasi menyelamat berjaya dikawal pada jam 9.40 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.46 pagi," katanya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!