Mat rempit jadikan Lebuhraya Guthrie tempat pamer aksi

Antara penunggang motosikal yang ditahan polis pada Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Guthrie, Sungai Buloh sepanjang tahun ini.
Antara penunggang motosikal yang ditahan polis pada Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Guthrie, Sungai Buloh sepanjang tahun ini.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Lebuhraya Guthrie di sini menjadi antara lokasi panas sebagai 'litar' kumpulan mat rempit berlumba dan melakukan aksi berbahaya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, operasi telah dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh menerusi Op Samseng Jalanan.

Menurutnya, sepanjang tahun ini setakat 20 Mei, sebanyak 528 saman pelbagai kesalahan telah dikeluarkan terutamanya kesalahan tidak memiliki lesen memandu.

"Selain itu, 28 motosikal pelbagai jenis antaranya Yamaha 135LC, Yamaha RXZ dan Yamaha Y15ZR telah disita di atas kesalahan tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh dan ubah suai motosikal.

Mohd Hafiz
Mohd Hafiz

"Dalam masa yang sama sebanyak 18 tangkapan berusia 17 hingga 25 tahun telah dibuat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata, beberapa kawasan di bawah pentadbiran IPD Sungai Buloh telah dikenal pasti menjadi pusat tumpuan samseng jalanan terutamanya di Lebuhraya Guthrie.

Tegasnya, BSPT Sungai Buloh menekankan penguatkuasaan undang-undang dan tidak akan berkompromi dengan kesalahan jalan raya terutamanya bagi kesalahan tiada lesen memandu, tiada cukai jalan serta perlindungan insurans selain ubah suai motosikal seperti ekzos bising.

Artikel Berkaitan:

Antara penunggang motosikal yang ditahan polis pada Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Guthrie, Sungai Buloh sepanjang tahun ini.
Antara penunggang motosikal yang ditahan polis pada Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Guthrie, Sungai Buloh sepanjang tahun ini.

"Pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin di samping membanteras gejala samseng jalanan atau mat rempit yang boleh membahayakan diri sendiri serta orang sekeliling," ujarnya.

Justeru, kata Mohd Hafiz, pihaknya mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal supaya berhati-hati di jalan raya dan sayangi diri kerana penunggang motosikal adalah penyumbang utama kemalangan maut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!