Langkawi antara empat daerah catat cuaca panas tahap satu

Gambar hiasan. Foto Bernama
Gambar hiasan. Foto Bernama
A
A
A

LANGKAWI - Langkawi disenaraikan antara empat daerah di Semenanjung yang diklasifikasi mengalami cuaca panas tahap satu dengan suhu harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Isnin berkata, turut berada dalam senarai adalah daerah Pokok Sena di Kedah, Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang.

Katanya, keempat-empat daerah tersebut merekodkan suhu maksimum 37 darjah Celsius bagi tempoh tiga hari berturut-turut dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

"Suhu maksimum harian di daerah terbabit adalah antara 35 hingga 37 darjah Celcius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut," jelas kenyataan terbabit.

Selain cuaca panas tahap satu, MetMalaysia mengklasifikasi suhu antara 37 hingga 40 darjah Celsius sebagai tahap dua dan lebih 40 darjah celsius sebagai tahap tiga.

Artikel Berkaitan: